Rabu, 17 Disember 2014

Sempurnakan Rukun Islam ke 5

Pelan Haji & Umrah ini merupakan satu Kerjasama dan Usahasama dengan pihak tabung haji bagi merealisasikan impian rakyat malaysia untuk menunaikan haji & Umrah.

Sempurnakan Rukun Islam Ke 5 

Haji merupakan salah satu rukun Islam yang melengkapkan kita untuk bergelar seorang islam yang taat pada perintah dan ajaranNya. Namun kini terdapat pelbagai masalah untuk individu menunaikan haji yang mabrur antaranya adalah :

1) Menunggu masa yang lama untuk mendapat peluang mengerjakan haji Kemungkinan 50 tahun dari tarikh mendaftar. kalau daftar waktu baby umur 50 dapat la tunaikan haji.kalau daftar haji umur 40 tahun maka umur 90 la menunaikan haji. tu pun kalau sempat atau larat lagi..

2) Simpanan tak mencukupi, ada yang menghadapi masalah macam ini sebab sementara menunggu giliran haji tiba-tiba diri dilanda musibah contohnya rumah terbakar,sakit dan bermacam-macam lagi yang menyebabkan orang terpaksa keluarkan duit walaupun sampai giliran dipanggil ke tanah suci.

3) Merasakan umur masih panjang dan menangguhkan tuntutan haji. Bila terjadinya umur tak panjang waris perlu untuk menunaikan haji dengan melaksanakan badal haji. Dengan menyimpan di etiqa anda sentiasa dilindungi dan ada badal haji sekiranya tak kesampaian.

Etiqa menyediakan One Stop Centre untuk anda merancang perjalanan Haji dan Umrah yang lebih baik. Kami akan membantu proses pembukaan akaun Tabung Haji tanpa bayaran dan pendaftaran Haji anda setelah Bayaran Tunai tetap pertama dibayar.



Manfaat Utama


  • Mula tambahkan simpanan anda

  • Nikmati Bayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi. Bayaran Tunai pertama akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun berikutnya


    Akhir Tahun Sijil yang tidak melebihi 30 tahun, jumlah Bayaran Tunai tetap yang diterima adalah kurang daripada 123%.

    Semua Bayaran Tunai tetap akan secara automatik dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji Orang Dilindungi untuk menabung bagi tujuan menunaikan Haji atau Umrah dan pelan masa depan yang lain. Apabila mencapai tempoh matang, Bayaran Tunai tetap tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar kepada Orang Dilindungi.
  • Manfaat Matang

  • Pada akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), jika ada, termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut , dan lebihan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukkan akan dibayar kepada Peserta
    Contoh  : 
    Ali berusia 25 tahun mencarum di etiqa takaful  
    Bayaran caruman adalah : Rm 180 Sebulan sehingga 30 tahun
    Ketika matang ali akan menerima Rm 68555 di dalam akaun etiqa + Rm43536 di dalam tabung haji.jumlah Rm11808.42 ( Yang ni cuma beranggapan 4.87% dividen etiqa tapi sebelum2 ni etiqa punya dividen purata 6-7% ) So duit matang dalam etiqa akan jadi lagi banyak.
     Sepanjang menyimpan di etiqa sekiranya umur ali tak panjang atau excident n lumpuh waris ali akan terima duit sebanyak Rm13500+ duit di tabung pelaburan Etiqa + duit dalam tabung haji ali.
    Untungnya ali sentiasa dilindungi dan dapat manfaat sekiranya dia melaksanakan haji dalam tempoh 30 tahun tu .Bini dan anak-anak ali tak perlu meminta2 pada saudara mara,masuk tv3 atau surat kabar sebab dah tak de pendapatan bila tiba2 ali meninggal dunia. Walaupun dah tak de kat dunia ni ali dapat gak haji sebab etiqa bagi perlindungan badal haji. So tertunai lahrukun islam ke 5 untuk ali.
    Kalau ali menyimpan terus ke dalam tabung haji then tahun ke 10 umur dia tak panjang.duit dalam tabung haji ali akan pergi ke amanah raya untuk setelkan hutang2 ali. isterinya perlukan kos nak ulang alik tabung haji@amanah raya. sedangkan ali dah tak de. terpaksa la bini dia pinjam duit jiran,sedara mara.pastu kena tunggu pulak sehingga 3-12 bulan untuk dapat duit tu. Anak2 ali nak makan,duit keta nak kena bayar,sedara mara jauh pastu segan lak nak mintak. sedara mara pulak dah rasa tak sedap je bini ali ni asyik pinjam duit sedangkan masing2 ada tanggungan.
    Tinggalkan lah isteri dan keluarga dengan harta supaya mereka tidak meminta2.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di 011 36559648 ATAU Email di sitizulayharahmat@gmail.com






KOS MENUNAIKAN HAJI



Assalamualaikum kepada semua pembaca pada hari ini. Moga sentiasa diberikan kesihatan yang sempurna. Alhamdulilah,pada hari ini saya diberikan kesempatan untuk berkongsi ilmu bersama pembaca blog saya. 

Hari ini saya ingin berkongsi ilmu mengenai harga tambang kos tunaikan haji.Tujuan saya mengetengahkan tajuk ini kerana majoriti rakyat Malaysia apabila ditanya mengenai Tunaikan Haji semua memberi pendapat harga tambang untuk tunaikan haji adalah sangat mahal. Sedangkan itu hanya alasan untuk mereka yang belum bersedia untuk kesana.

 Berikut merupakan kos tunaikan haji bagi musim haji semasa :


JENIS JEMAAHKOS HAJI (RM)TANGGUNGAN KOS HAJI (RM)BAYARAN HAJI (RM)
    MUASSASAH
    - warganegara belum tunai hajiRM16,155RM6,175RM  9,980
    - warganegara telah tunai hajiRM16,155TiadaRM16,155
                                    http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/laman-utama


Khamis, 16 Oktober 2014

KOS DIALISIS BUAH PINGGANG SEMAKIN MENIGKAT

TAHUKAH ANDA ?


Tahukah anda buah pinggang merupakan antara organ penting dalam tubuh manusia. Kesihatan buah pinggang perlu dijaga untuk memastikannya dapat berfungsi dengan baik.
Amalan pemakanan yang tidak sihat boleh mengundang masalah buah pinggang. Justeru nikmat kesihatan tubuh badan yang Allah berikan perlulah kita jaga dan hargai.

Pun begitu, malang tidak berbau, sediakan payung sebelum hujan
Tahukan anda, bagi pesakit buah pinggang yang dah teruk, mereka perlu menjalani rawatan dialisis atau cuci buah pinggang sebanyak tiga kali seminggu.
Dan tahukan anda, kos dialis buah pinggang sekitar RM150 ke RM200 sebulan.
Kadang bila terbaca rintihan dan keluhan keluarga pesakit buah pingggang (dalam surat khabar, blog), rasa terkesan dan insaf lahir dalam diri. Cuba bayangkan, kalau RM200 sekali cuci, seminggu dah RM600. Sebulan RM2400.
Saya merujuk kepada keratan Akbar Sinar bertarikh 23 May 2013 tentang rayuan seorang Isteri untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan buah pinggang suaminya. Menurut si isteri, suaminya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana klinik dan hospital kerajaan dah penuh untuk buat dialisis. Pendapatan si isteri hanya sekitar RM800 sebulan.
Cubalah saudara bayangkan!! “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya”
Sebab itu, saya menyeru kepada anda diluar sana, ambillah Kad perubatan melalui eTiQa Takaful . Peruntukan sekitar RM200 sebulan atau RM2400 setahun, ianya sangat kecil berdanding anda terpaksa membayar RM2400 sebulan sekiranya perkara di atas berlaku pada anda.
Hubungi saya, InsyaAllah kita bincangkan apa yang terbaik untuk anda dan keluarga anda (011 36559648).



Rabu, 17 September 2014

Kebaikan Berwasiat.





Alhamdulilah,pada 21 ogos 2014 yang lalu saya dan kawan-kawan diberi kesempatan untuk mendengar taklimat mengenai Wasiat As-salihin Trustee.Oleh yang demikian ,pada kesempatan blog saya pada hari ini,ingin saya berkongsi sedikit sebanyak mengenai betapa pentingnya membuat wasiat ketika kita masih hidup.

Sehingga hari ini, ramai yang masih belum tahu faedah berwasiat. Masih ada lagi dikalangan masyarakat kita bertelagah hanya berpunca dari harta pusaka.Terbukti disitu,membuat wasiat ketika kita masih hidup adalah amat penting.Jangan hanya kerana harta,hubungan persaudaraan berpecah belah.keadaan ini boleh disama ertikan seeprti bak kata pepatah,berkerat rotan berpatah arang.

Oleh yang demikian ,saya tegas kan disini betapa pentingnya membuat wasiat kerana :

- Wasiat dapat menyenaraikan semua harta,hutang,waris dan benefisiari.

- Arahan melunaskan hutang dan cara pembahagian harta.

- Mempermudahkan proses pentadbiran harta pusaka.

- Mengelakkan perbalahan atau pertikaian antara waris.

- Memelihara hak waris terutama bawah umur/kurang upaya.

- Peluang membuat amal jariah.

- Nasihat dan pesanan yang baik kepada waris.

Diharap dengan perkongsian ilmu kali ini dapat memberikan maklumat yang tepat kepada setiap pembaca blog saya.Segala pertanyaan mengenai wasiat boleh hubungi saya melalui email,sitizulayharahmat@gmail.com.Insyallah,saya sebagai agent sedia membantu anda.

Pendidikan Anak-Anak Adalah Segalanya.




Assalamualaikum dan salam satu Malaysia diucapkan kepada pembaca blog saya pada hari ini.Alhamdulilah ke hadrat ilahi kerana dipanjangkan umur oleh Allah untuk kita sentiasa mendekatkan diri kepadanya.

Bila berbincang mengenai pendidikan ,terkesan dihati saya,apabila mengenangkan setiap ibu bapa semestinya mempunyai impian untuk melihat anak-anak berjaya dan mempunyai kerjaya yang dapat mengubah nasib keluarga kelak tetapi mempunyai kekangan dari segi kewangan.

Oleh yang demikian ,disini saya ingin menyedarkan kepada setiap ibu bapa bahawa selain membuat pinjaman kewangan ,masih ada lagi cara yang lebih selamat iaitu membuat pelan perlindungan takaful untuk pendidikan yang dikenali sebagai pelan Intelek.

Antara manfaat dan kelebihan yang akan diperolehi daripada pelan ini ialah :

1. Intelek membantu membina dana yang bersesuaian dengan keperluan pedidikan anak-anak anda dan turut memberikan perlindungan dengan hanya sumbangan serendah RM 70.00 sebulan

2. Tambahan lagi,intelek memberi ganjaran terhadap pencapaian cemerlang anak-anak anda.

3. Anda juga boleh mengeluarkan sehingga 80% daripada jumlah simpanan di dalam akaun anda bagi menampung sebarang perbelanjaan kecemasan.

4. Sekiranya berlaku sebarang kecelakaan ,kami akan membayar sumbangan bagi pihak anda.

5. Selain itu,intelek memberi ganjaran terhadap pencapaian cemerlang anak-anak anda mengikut gred peperiksaan iaitu,UPSR-5A,PMR-8A,SPM-8A,dan STPM 5A principal.

Insyallah ,semoga dengan perkongsian ilmu pada blog kali ini dapat mengubah keputusan setiap ibu bapa untuk memilih takaful pelan intelek ini agar masa depan anak-anak terjamin diperingkat yang lebih lebih tinggi.



Khamis, 14 Ogos 2014

Mengapa Individu Itu Perlukan Perlindungan Takaful ?




Assalamualaikum..
Alhamdulilah,hari ini diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan dan diberikan peluang untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu tentang pentingnya perlindungan takaful.
 Perlindungan takaful amatlah penting kepada setiap individu ini kerana :
-Setiap orang sentiasa terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kecurian,kebakaran,penipuan dan banyak lagi yang boleh mengakibatkan kerugian kewangan dan pengurangan nilai.
-Risiko atau musibah itu tidak pasti bila terjadi.
-Sistem atau saluran bantu membantu tidak dihalang oleh agama,malah ia sangat digalakkan.
-Sistem takaful boleh meringankan beban risiko atau kesedihan untuk menyambung aktiviti harian hidup.