Rabu, 17 September 2014

Kebaikan Berwasiat.





Alhamdulilah,pada 21 ogos 2014 yang lalu saya dan kawan-kawan diberi kesempatan untuk mendengar taklimat mengenai Wasiat As-salihin Trustee.Oleh yang demikian ,pada kesempatan blog saya pada hari ini,ingin saya berkongsi sedikit sebanyak mengenai betapa pentingnya membuat wasiat ketika kita masih hidup.

Sehingga hari ini, ramai yang masih belum tahu faedah berwasiat. Masih ada lagi dikalangan masyarakat kita bertelagah hanya berpunca dari harta pusaka.Terbukti disitu,membuat wasiat ketika kita masih hidup adalah amat penting.Jangan hanya kerana harta,hubungan persaudaraan berpecah belah.keadaan ini boleh disama ertikan seeprti bak kata pepatah,berkerat rotan berpatah arang.

Oleh yang demikian ,saya tegas kan disini betapa pentingnya membuat wasiat kerana :

- Wasiat dapat menyenaraikan semua harta,hutang,waris dan benefisiari.

- Arahan melunaskan hutang dan cara pembahagian harta.

- Mempermudahkan proses pentadbiran harta pusaka.

- Mengelakkan perbalahan atau pertikaian antara waris.

- Memelihara hak waris terutama bawah umur/kurang upaya.

- Peluang membuat amal jariah.

- Nasihat dan pesanan yang baik kepada waris.

Diharap dengan perkongsian ilmu kali ini dapat memberikan maklumat yang tepat kepada setiap pembaca blog saya.Segala pertanyaan mengenai wasiat boleh hubungi saya melalui email,sitizulayharahmat@gmail.com.Insyallah,saya sebagai agent sedia membantu anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan